kata hati, kata aku dan kata mereka

kata hati, kata aku dan kata mereka
aku 2009

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Oh! Puss ~ Yell ngan Bikoo

Raya haji yg lepas ramai la sedara mara, adik beradik balik kg... seronok la berhimpun, sembang tak berhenti... Tetiba aku di kejutkan oleh kenyataan abg aku,

"aku nk tumpangkan Yell ngan Bikoo kat sini, boleh ke...? " bagai bom atom meletup dlm dada aku... hahahaha "boleh...." jawabku sambil sengeh... wow...oh wow...! dlm hati...huhu, aku dpt pengalaman yg takkan dpt aku lupakan.. ni 1st time aku bela kucing bulu panjang ni... gegel plak tangan... hahaha
ptg tu abg pasang 2 cage disambungkan jadi 1... Yell ngan Bikoo akan berumah disini ngan Cik Li lps ni ye... abg aku pujuk anak2 bulus nye...


Yell ngan Bikoo ni menurut abg aku cross breed Chincilla dan Burmilla yg juga dikenali dgn nama Australian Tiffanie. Namum begitu Yell ngan Bikoo punye struktur badan yg tak sama... Yell lebih katek dr Bikoo... Muka Yell lebih pada Chincilla. tapi muka Bikoo lebih pada Burmilla.

Bikoo ni heterochormia.. huh..? mende tuh...?


Heterochromia ni term utk kucing yg punye warna mata berbeza. Aku tak pandai nk terangkan secara biologically bagaimana ia berlaku... namun dia ada keistimewaan dan keburukkan juga... Mungkin aku akan cuba olah pd bahasa yg mudah di masa akan dtg..

Yell, keguguran bila pertama kali bunting, mungkin sbb dia lasak. suka panjat sana sini...  Dan Yell bunting kali kedua. Tetapi anaknya mati lemas ketika melahirkan. Yell tak bersihkan anaknya bila sudah melahirkan. Abg aku risau... Kami sgt2 nantikan anak2 hasil dr Yell ngan Bikoo...

Di sini Yell ngan Bikoo, Cik Li jaga elok2... InsyAllah.. apa yg termampu babah sediakan.

Good news... Lepas 3 minggu bersama babah, Bikoo dh 'on heat'... maka babah saksikan ''perkahwinan' Yell ngan Bikoo yg berulang2 kali... hahaha



Sifat2 Yell mula berubah, Bikoo masih miang... Yell sentiasa menolak. Sah... Yell pregnant...! Yabedabeduuuu.....!!!! Happy sungguh aku.. aku berharap sgt semuanya ok.. Genab 65 hari.. Yell melahirkan baby. Sekor je... namun aku bersyukur. Yell nmpk tak selesa sgt masa nk melahirkan. bila baby dh keluar Yell makan urinya dahulu...! aku pantas membantu, sarung baby aku koyakkan.. aku ambil tisu dan lapkan muka baby... baby diam kaku... Yell masih makan urinya... aku lap sekali lagi muka baby... Yell cuba putuskan tali pusat. Selesai putus tali pusat, baby mula bergerak dan menjerit... Lemah je bunyiknya.. aku jd lemah lutut, ketar sbb terkejut, baby hidup...! syukur alhamdulillah....!



Yell menjaga baby yg masih belum aku sediakan nama... Baby nampak lemah.. mungkin sebab baru sehari..bisik ku... sambil berdoa baby akan cuba minum susu kolostrum tu sebanyak mungkin... Susu kolostrum adalah susu awal si ibu yg hanya terdapat pd 2 hari pertama selepas melahirkan.  Hari ke-4, Yell ngan Bikoo terima lawatan mengejut dr abg ku sekeluarga... masing2 happy nak tengok baby Yell yg pertama...



Pada malam tu, aku lihat Yell buat perangai... Dia tak nak susukan baby lagi.. aku terpaksa pegang badannya dan letakkan btol2 depan puting Yell.. dia menyedut lemah, Yell cuba nk bergerak aku  memujuk..menahan Yell dari bergerak... Untuk pastikan baby dpt minum susu ibunya.

Lewat hari ke-4, baby hanya terbiar di sisi... Yell baring, terlelap. aku lihat baby makin lemah. perutnya kempis. umpama tak minum pape... Badannya sejuk.  Aku balut baby dlm tuala... letakkannya atas keypad laptop aku.. di situ sedikit panas... aku harap dpt panaskan badan baby... sambil itu aku susukannya dgn susu kambing yg  aku beli ptg td..dgn gunakan syringe aku masukkan susu perlahan lahan.. baby menelan lemah. aku ulang setiap 10 miinit.. 0.1ml setiap kali. lepas kali ke 5 aku perhatikan saja baby yg berbalut tuala di atas keypad laptop. sekali sekala aku ubah kedudukannya.. subuh jam 5 pg, baby dh mula bergelak mengeliat.. syukurlah... dia kembali bertenaga.



Baby aku letakkan kembali pd Yell.. Yell memeluk baby. aku masuk bilik utk tidur... pagi nya jam 9 aku lihat baby dah mula kembali menyusu dari Yell. aku lega.. aku mula lakukan tugas harian ku. Jam 11.30pg aku lihat Yell dan baby. Ehh..mana baby...???

Baby tak de dlm kotak.. mana perginya..? aku pantas buka cage.. aku cuba alihkan Yell, rupanya baby tertindih di bawah badannya.. dgn mulut terbuka, aku yakin baby tercungap mahu bernafas... tubuh baby aku gosok perlahan.. aku capai syringe berisi susu kambing dan cuba menitikkan sedikit ke mulutnya... baby menjilat lemah, titisan ku tadi agak tersasar ke tepi mulut, tangan ku mengigil sebenarnya... tapi itulah jilatan terakhir baby. selepas itu baby tak bergerak lagi.. aku masih mengosok gosok tubuhnya... tapi baby sudah kaku tak bernafas...



Baby yg masih berbalut tuala aku letakkan didada. aku yg bersandar di kerusi hanya membiarkan masa berlalu. Adik ku yg dtg melihat kucing2 nya yg aku bela berkata, "dah laa.. mati dah tu...."
aku hanya diam... baby harus aku sempurnakan secepat mungkin. baby aku semadikan di bawah rimbun pokok limau. teduh di situ, aman lah kau sana baby...

Aku redha... semuanya kehendak Allah swt. sewaktu abg ku dtg menjengah saban hari, aku berborak dgn abg, aku ada bertanyakan pd abang : "Yell ngan Bikoo ni adik beradik ke? "
"haah...adik beradik" abg jawab
aku terkaku..alamak...!!!! patut la baby ada masalah kesihatan, lemah dan Yell  tahu akan itu, dan menolak baby sejak dr awal lg... hanya aku yg tak dpt 'melihat' apa yg Yell cuba 'beritahu'...



itu lah puncanya... namun aku redha.. aku tak tahu ttg mereka ni adik beradik.. sbb tu aku letakkan mereka dlm 1 cage.. kalu lah aku tahu, tentunya aku asingkan mereka, dan kawenkan ngan yg lain.. tak pe.. skarang aku dh tahu.. maka insyAllah segalanya akan ok lps ni...

so skang ni utk elakkan Yell stress ngan puting yg membengkak, aku letakkan 2 ekor baby kitten milik Kewcik (ibu lain yg bersalin 10 hari lebih awal dr Yell). Yell jalankan tugas sebagai ibu susu pd kitten2 tu.. malah jauh lebih baik. Si kewcik ni ibu muda yg baru berusia 8 bulan. Dah termengandung di sebabkan tinggal bersama dgn yg lain dlm 1 cage besar. Dia selalu keluar tinggalkan anak2, walaupun makan minum aku dh tinggalkan tepi kotak, dia sibuk nk panjat sana sini cari cicak... Yell sememangnya ibu yg hebat.. akhirnya semua 4 anak Kewcik dia bela...



dlm dunia kucing mereka tak tahu erti 'incest' atau sumbang mahram ni.. cuma anak hasil dr 'perkahwinan' adik beradik ni sgt bnyk risiko terhadap anak2 yg bakal dilahirkan... genetik yg sama akan menghasikan baby yg lemah.. mesti ada hujah/pendapat/kajian tentangnya... aku akan cuba baca dan fahamkan sebaik mungkin utk dijadikan ilmu di masa mendatang..

Baby... Rest in peace....!

Tuesday, January 10, 2012

Oh! Puss ~ Eeee....Cacing...!!!



Kucing ada yg di bela di dalam rumah dan ada juga di biar di luar rumah. Risiko untuk di mengalami kecacingan adalah tinggi bagi kucing yg di luar rumah. Lebih2 lagi kucing yg terbiar.
Bagi mereka yg mengambil kucing jalanan untuk di pelihara, masalah cacing merupakan masalah yg harus di pandang serius.


Berpunca dari kawasan yg terdedah dengan pelbagai kotoran, apa yg di makan kucing juga menyumbang kepada masalah cacing ini. Ini kerana berkemungkinan makanan itu mengandungi parasit dan bakteria pembawa penyakit.


Parasit, kutu dan bakteria ini akan memasuki sistem penghadaman, memakan nutrisi yg ada di dalam usus kecil, bertukar menjadi cacing dewasa dan membiak.
Proses membunuh cacing ini haruslah di lakukan berterusan. Ini kerana kucing akan sentiasa terdedah dengan punca2 yang boleh menyebabkan proses kecacingan ini berulang.




Simptom kucing mengalami masalah kecacingan : 

Hilang selera makan. 
Masalah bulu kusam
Perut membuncit (terutama pd anak kucing)
Pembesaran terbantut pd anak kucing.
Cirit birit. Ada kalanya berdarah.
Muntah. Ada kalanya memuntahkan cacing.
Anaemia. Kekurangan sel darah merah. Gusi akan pucat.
Kesan jangkitan cacing pd kulit luar dubur. (Seperti ruam atau kurap)
Kucing terusan menjilat dubur. Kegatalan pd dubur.
Kucing akan menjadi lemah tidak bermaya dan tidak aktif.





Berikut adalah jenis kecacingan.


Cacing gelang (Roundworm) - Cacing gelang merupakan masalah kecacingan yg paling kerap di temui. Lebih2 lagi pada kucing terbiar. Kucing boleh di jangkiti cacing gelang kerana memakan cicak, tikus, burung atau kumbang. Cacing ini boleh menyerang hati dan buah pinggang serta menyebabkan usus tersumbat. Cacing ini juga boleh berjangkit pd manusia juga.  Cacing gelang akan memenuhi usus dan membuatnya tersumbat terutama pada anak2 kucing yang berusia 3-4 bulan. Jika masalah ini berterusan dan menjadi kronik, cacing2 ini mampu keluar melalui hidung atau mulut. 



Cacing pita (Tapeworm) - Cacing pita merupakan masalah cacing yg biasa di alami oleh kucing. Cacing berwarna putih krim ni mempunyai badan bersegmen. Segmen2 ini akan matang dan menjadi tua serta terputus. Ianya akan keluar bersama najis. Mudah di lihat dgn mata kasar, berbentuk seperti butiran beras. 




Cacing kerawit (Hookworm) - Cacing kerawit bersaiz kecil (7-12mm) melekat di dinding usus untuk menghisap darah dengan giginya. Kucing akan mengalami pucat gusi, cirit birit hitam atau berdarah dan juga boleh mengakibatkan kematian pd anak kucing. 




Ringworm sebenarnya bukanlah cacing tetapi kulat yg menjejaskan kesihatan kulit. Atau lebih dikenali sebagai kurap. Kulat Dermatophytes ini juga di kenali sebagai tumbuhan yg melekat pada kulit. Kulit yg di jangkiti kurap ini harus di ubati segera. Ianya akan boleh merebak. 





Bagi kucing berbulu tebal, penelitian dr masa ke semasa dengan menyelak bulu kucing utk memastikan tiada ringworm di sebalik bulunya. Rawatan ini agak mengambil masa dan setelah pulih bulu akan kembali tumbuh.














Ubat cacing boleh di beli di pasaran dan kebanyakannya dpt membunuh sebahagian besar jenis cacing. Tetapi ada sesetengah masalah kecacingan perlu ubat yg berbeza. Bahan2 berikut yg terdapat dlm ubat cacing yg boleh dijadikan panduan   : 

  1. Combantrin (pfizer) : mengandung bahan pyrantel, hanya dapat membasmi cacing gelang dan cacing kerawit.
  2. Vermox : mengandung bahan mebendazole, hanya dapat membasmi cacing gelang dan cacing kerawit.
  3. Drontal Cat (bayer): mengandung bahan pyrantel dan prazyquantel, Paling baik digunakan pada kucing, Dapat membasmi cacing pita dan cacing gelang. 
  4. Drontal Plus (bayer) : mengandung bahan prazyquantel, pyrantel dan febantel. Biasa digunakan pada anjing, juga diberikan pada kucing.
  5. Bagi masalah ringworm ubat antiseptic jel dan krim berubat boleh digunakan utk disapukan di kawasan yg terkena jangkitan. Gunakan bersama pencuci pembasmi kuman.


Jangan beri Febantel pada kucing yang sedang bunting,  
boleh mengakibatkan kecacatan pada janin kucing.






Anak kucing berusia 6 hingga 16 minggu perlu diberikan ubat cacing setiap 3 minggu. Manakala kucing berumur berusia 4 bulan keatas mesti di berikan ubat cacing setiap 3 bulan. Pastikan rutin ini di patuhi agar masalah kecacingan ini dpt di atasi sepenuhnya.

Sebaiknya gunakan sarung tangan surgeri bila menguruskan kucing yg mengalami masalah kecacingan. Terutama kucing terbiar. Kerana sesetengah jenis cacing mampu merebak atau berjangkit kepada manusia melalui kulit.


Sebelum mengambil apa2 tindakan, perlulah mendapatkan nasihat pakar veterinar utk mengatasi masalah ini secekapnya.



Sunday, January 8, 2012

Oh ! Puss ~ Hairball (Gumpalan bulu)




1                    Bulu yg tumbuh akan tua dan gugur. Ini proses normal. Bulu mati ini akan gugur dan akan melekat di lidah kucing ketika si kucing menjilat bulunya.Bila kucing menjilat bulunya, bulu-bulu yg gugur akan tertelan, akhirnya terkumpul di dalam perut. Rasa tidak selesa kerana bulu tidak boleh dihadam, si kucing akan cuba memuntahkannya.

2                    Kekerapan normal muntah hairball ini antara 2-4 kali sebulan bergantung kepada keadaan bulunya.

3                    Cara mengatasinya:
·         Dengan memberi  kucing mengigit rumput (Cat grass atau Rumput Kucing) akan membuatnya terasa pahit dan cuba memuntahkan ‘gangguan’ yg tidak hadam ini. Kucing akan batuk terlebih dahulu, bunyinya agak pelik, serak kerana proses ini agak memeritkan tekaknya. Tetapi bila hairball ini telah keluar, si kucing akan berasa lega.



·         Sekian lama, pakar veterinar akan memberikan rawatan jel petroleum. Gel seperti jenama Vaselin biasa digunakan, dimana molekul minyak dlm Vaselin terlalu besar utk diserap oleh usus. Maka molekul ini akan lalu terus di usus dan akan keluar bersama hairball dan najis. Ianya selamat. Letakkan sedikit jel ini di tapak tangannya dan si kucing akan menjilatnya. Cara ini paling mudah dan murah tetapi berkesan.



·         Jenama Laxatone yg lebih khusus utk kucing boleh didapati di pasaran. Mempunyai cara bertindak yg sama seperti gel petroleum.



·         Memberi makanan yg mengandungi serat tinggi (High fibre diet) juga akan dpt membantu. Serat ini akan terperangkap bersama hairball dan terus masuk kedalam usus dgn cara normal perut dan usus bekerja. Akhirnya gumpalan ini akan keluar bersama najis.



·         Sebaiknya makanan serat ini di campur bersama makanan biasanya. Kerana pengambilan makanan berserat tinggi yg berlebihan akan memungkinkan masalah lain seperti cirit birit atau sembelit. Ia juga akan membuatkan penyerapan air yg tinggi dlm usus. Jika ini berlaku air kencingnya akan jd lebih pekat. Ini mungkin akan membawa kepada masalah lain seperti batu karang atau kekurangan air dlm badan.
·         Dalam situasi lain, adakalanya hairball dan serat ini akan berpadu dan menjadi keras didalam perut, ketulan2 ini menjadi besar hingga menyukarkan pembuangan najis secara normal. Ianya akan menjadi sembelit jika si kucing kurang meminum air.
·         Namun begitu dgn tindakan tertentu boleh dpt mengurangkan masalah ini.
·         Gunakan shampoo yg dpt mengurangkan keguguran bulu.



·         Selalu menyikat bulu kucing utk mengeluarkan bulu yg gugur. Sebaiknya lakukan setiap hari. Gunakan berus sikar yg bersesuaian dgn ketebalan bulu si manja anda.

4                    Biar apapun caranya, pemantauan terhadap sifat kucing itu harus di perhatikan, rutin muntahan gumpalan, kekerapan kencing, bentuk najis dan sifat kucing itu sendiri.

5                    Perhatikan muntahan itu, kirai utk lihat isi kandungannya. Ada kalanya jika si kucing memuntahkan hairball yg turut mengandungi cacing. Ini bermakna kucing  anda mengalami masalah kecacingan yg kronik.



6                    Sebaiknya ketika menguruskan hal2 sebegini gunakan sarung tangan surgeri sebagai langkah berhati-hati dijangkiti penyakit kucing yg boleh merebak kepada manusia.

7                    Jika kucing kita dalam keadaan sihat, tentunya rutinnya normal dan sentiasa memberi reaksi normal seperti biasa. Sebarang perubahan sifat member isyarat yg perhatian lebih khusus di perlukan.

8                    Sebaiknya sebelum mengambil apa2 tindakan, perlulah mendapatkan nasihat pakar veterinar utk mengatasi masalah ini secekapnya.

Tuesday, January 3, 2012

Oh! Puss ~ Proses nk kahwinkan kucing



1                     On heat (Berahi) Betina
·         Usia 7-11 bulan utk tempoh 7-10 hari. Akan dtg semula selapas 1-2 bulan.
·         Sifat perubahan suara, aktif dan sering menguling badan di depan si jantan. Adakalanya si betina akan meniarap sambil mengangkat pungungnya menandakan dia sudah sedia. Nafsu makannya juga akan menurun.




2                     On heat (Berahi) Jantan
·         Usia seawal  7 bulan. Biasanya ketika berusia 1 tahun dan lebih.
·         Sifat perubahan suara, dan memanggil/ berbunyi tanpa henti utk seketika. Kalau nmpk kucing betina akan berbunyi memanggil menarik perhatian.

3                     Kesihatan. Kucing  harus dipastikan berada dlm tahap kesihatan terbaik. Tiada masalah kutu, cacing dan sudah di vaksin.  Bertujuan utk memastikan anak yg dikandung membesar sempurna dan sihat. Tanpa penyakit yg berkemungkinan di warisi drp ibunya. Vaksin mestilah diberi sebelum di kahwinkan dan bukan selepas. Kerana vaksin mampu mengganggu kesihatan janin.






4                     Kucing jantan juga harus dipastikan tahap kesihatan agar pasangannya  tidak menjangkiti apa-apa penyakit semasa proses berlaku.
5                     Pilih jantan yg sebaik mungkin utk hasilkan anak2 yg cantik dan sihat. Oleh kerana gen si jantan lebih dominan, ianya akan mempengaruhi rupa anak yg bakal lahir.
6                     Proses mengenali. Letakkan kedua-dua kucing dlm kandang berasingan, tetapi diletakkan berhampiran atau sebelah menyebelah. Proses ini penting agar si betina boleh menerima si jantan utk ber’kahwin’.  Proses ini berlaku sekitar 1-2 hari. Tetapi kadang kala berlanjutan. Ada kalanya si jantan juga buat perangai, dan enggan menerima si betina. Maka si jantan harus ditukar.



7                     Si jantan akan mula mencium kemaluan betina., kemudian mula mengigit tengkuk dan meletakkan badannya berada diatas si betina. Ketika ‘intercoarse’  atau penentrasi berlaku, si betina akan mengerang kuat lalu menguling-gulingkan badannya di lantai. Kemudian menjilat kemaluannya utk dibersihkan. Selang beberapa minit  proses mengawan ini akan kembali berlaku.


8                     Seandainya proses kahwin ini sudah berlaku ianya akan berulang utk beberapa kali berikutnya. Sebaiknya ketika ini si jantan jgn ditukar lagi.
9                     Sesudah proses mengawan selesai si betina akan menolak keinginan si jantan utk kembali mengawan.  Ini bermakna proses kehamilan telahpun berlaku.



10                 Periksa badan betina, rawat luka yg mungkin ada ekoran gigitan di tengkuk oleh kucing jantan atau di bahagian lain yg mungkin terkena kuku.
11                 Ketika ini seeloknya letakkan si betina di dalam sangkar yg tidak bertingkat. Kerana utk mengelakkan pergerakkan aktif melampau yg memungkinkan keguguran.
12                 Seterusnya kebersihan kucing, kandang dan persekitaran mestilah di lakukan. Kesihatan haruslah ditahap terbaik utk mengelakkan penyakit yg boleh di wariskan kepada  anak yg bakal lahir.



13                 Proses kehamilan atau bunting ini mengambil masa sekitar 59-70 hari atau 9 minggu.
14                 Pemantauan dan pemerhatian rapi terhadap induk betina, bila kehamilan berlaku, selera makannya akan bertambah utk membekalkan nutrisi pada ibu dan janinnya .



15                 Sifatnya juga akan sedikit berubah. Akan menjadi lebih lembut, manja dan sering meminta perhatian serta gemar di belai.
16                 Masuk minggu ke 3-4, perubahan pd perut sudah kelihatan. Bawalah berjumpa doktor haiwan utk kepastian.



17                 Masuk minggu ke 5 dan ke atas, selera si ibu akan bertambah. Pastikan ada makanan dan air minuman yg cukup utk nya.
18                 Menjelang minggu terakhir kehamilan, si ibu akan mula mencari tempat yg sesuai utk melahirkan. Kebiasaanya dia akan memilih tempat yg tersorok, gelap, kering  dan dingin. Si ibu akan selalu berada di tempat itu utk minggalkan bau badannya agar si anak yg bakal lahir kenal akan kawasannya dan tidak pergi jauh. Disebabkan mata yg belum terbuka deria bau si anak akan memudahkannya mencari ibunya dan menyusu. 
19               Waktu kelahiran bergantung pada interaksi induk dan anak kucing yg ada di dalam rahim. Pelepasan hormon antaranya akan membawa kepada proses kelahiran.



20                 Anak yg lahir sekitar 59-64 hari biasanya bersaiz kecil dan perlukan perhatian yg lebih. Manakala anak yg lahir pd hari 65-70 kebiasaanya bersaiz besar dan kuat. Tenaga yg anak2 ini perolehi dr ibunya sepanjang kehamilan. Tenaga utk bergerak dan menyusu dr ibunya.   



21                 Pantau anak yg baru lahir, lebih2 lagi pd ibu yg pertama kali melahirkan anak. Ada kalanya si anak yg lahir masih berada dalam ‘sarung’. Ketika membantu si ibu menguruskan anak2nya seeloknya pakai sarung tangan atau lapik tangan dengan kain. Koyakkan ‘sarung’ dan letakkan si anak dekat pd leher ibunya sehingga si ibu menjilat anaknya.



22                 Ada kalanya uri yg keluar  tidak di bersihkan oleh si ibu. Ini mungkin kerana proses melahirkan belum selesai. Ada kalanya  si ibu akan menbersihkan anaknya dan memutuskan tali pusat anak satu persatu setiap lepas anaknya lahir.
23                 Uri anaknya  si ibu akan makan. Ini baik utk susu ibu.
24                 Letakkan makanan dan air utk si ibu makan. Kerana si ibu perlukan tenaga setelah melahirkan.
25                 Pastikan sekitar kawasan bebas semut yg mungkin akan mengigit anak2 yg baru lahir.



26                 Jauhkan dari kucing2 lain. Si ibu akan mengawal anaknya dari di dekati oleh kucing2 lain.
27                 Berilah makanan  terbaik dan vitamin secukupnya pada si ibu. Kerana si ibu perlu memberi makanan berkhasiat kepada anak2nya melalui susu badan.  



28                 Anak kucing akan mula membuka matanya  sekitar  1 ke 2 minggu. Elakkan anak2 kucing terdedah kpd cahaya berlebihan. Pada usia semuda ini matanya masih sensitif pd cahaya yg melampau.
29                 Anak2 kucing mula makan ketika berusia 1 bulan dan keatas. Berilah makan yg lembut pada peringkat awal sehingga giginya benar2 kuat utk makan makanan keras. 


Saya pecinta kucing. Amat meminati dan pemerhati setiap gerak gerinya. Walaupun pengalaman hanya sedikit tetapi sy berharap dpt berkongsi ilmu dan mendalaminya. Berhajat utk memiliki kumpulan sahabat yg memiliki minat yg serupa.  Untuk ilmu dan seterusnya, biar Allah swt tentukan.