kata hati, kata aku dan kata mereka

kata hati, kata aku dan kata mereka
aku 2009

Followers

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie



Bermula dgn drama layar kaca kini ke layar perak… Nur Kasih The Movie, satu wadah utk peminatnya. Apa yg dapat aku katakan pd kemunculan awal drama ini telah membuka minat aku kembali pd drama melayu.  
  


Pengisiannya pd penonton di golongan pertengahan dan bawah seperti aku, adalah pd intipati watak itu sendiri. Penghasilan watak individu yg menarik yg punya kekuatan nya sendiri. Pd si bujang, mereka tentunya mengharapkan agar dpt suri seperti Nur Aminah. Pd si gadis, tentunya akan mendambakan sifat2 aidil sebagai ketua keluarga. Watak Adam pada awalnya rata2 mengimejkan sikap anak2 bujang sekarang. Ramai ibu bapa pening kepala dengan kerenah anak muda mereka.

Nur Kasih The Movie : Teraju utama

Watak  mereka kuat pd menentukan hala tuju drama ini… mereka pencetus klimak yg kita semua nantikan… betapa kasih itu wujud dan amat di perlukan dlm hidup. Biar apapun watak atau sikap kita 
sebagai manusia di dunia ini, kasih mereka melengkapi setiap segi.

Nur Kasih The Movie : Nur dan Adam


Nur Kasih The Movie… bila ditanya kenapa aku nak saksikannya, aku ada sebab sendiri…
Kisah ini bukan pengulangan cerita… tapi kisah mereka di garap setelah 8 tahun sesudah drama nur kasih.
Sebagai org bujang, tentunya aku mahu saksikan lebih lagi akan Nur Aminah… Moga 1 hari nanti aku dapat jodoh seumpana sifat Nur Aminah. hehehehehe

Nur Kasih The Movie : Krew Production


Sebab lain adalah sebab peribadi, sebagai sokongan moral pd rakanku Hasnan Sahar. Hasnan merupakan rakan ku dr sekolah rendah….berpisah setelah habis SPM. Sehingga kini masih belum dpt bersua muka. 

Nur Kasih The Movie : Krew dan Pelakon 


Hanya berhubung di FB sejak kebelakangan ini. Kaitannya..?? Hasnan merupakan krew  pengambaran drama dan filem nur kasih, Melalui promo Nur Kasih The Movie yg aku saksikan di Youtube, aku berbangga dgn hasil kerja seluruh krew yg terlibat.

Nur Kasih The Movie : Kuala Selangor


Lebih2 lagi bila salah satu lokasi pengambaran adalah di Kuala Selangor, tanah kelahiran ku. Untuk scene imbauan kisah Aliyah isteri aidil, yg meninggal dunia dan ini memberi kesan terhadap Aidil.

Tahniah pd penulis skrip cik Mira Mustafa… penghasilan yg baik dlm bidang penulisan filem (drama). Tahniah pd Khabir Batia atas arahan kerja terbaik.

Nur Kasih The Movie : Nur Aminah dan Adam di Jordan


Aku Berjaya jugak tempatkan diri ku di bangku panggung LFS One Plaza… Kali ni aku pergi sorang… Tak mahu ada kawan2 yg mengganggu ketenteraman ketika cuba mentelaah karya ni. Lagipun korang yg muka2 ganas ni mane nk layan.. kang kalau nangis plak kat panggung lagi la malu… ye tak..?? hahaha

Nur Kasih The Movie : Aidil


Ternyata garapan yg terbaik di olah utk menghasilkan Nur Kasih The Movie, dr segi skrip : watak yg matang, cinematografi terbaik yg diusahakan, lagu soundtrack yg bersesuaian dgn watak2 yg muncul dan lokasi2 yg sgt menarik serta pengarahan yg baik.


Watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, menperjuangkan Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ 

Nur Kasih itu berada dlm jiwa mereka... 

Filem ni bagi aku... hiburan yg membina semangat utk menyemarakkan lagi rasa kasih dalam diri.  Mungkin ada yg setuju dgn aku, mungkin juga tidak. Tapi yg pasti apapun input yg aku perolehi, tugas aku adalah menilainya agar dpt aku adaptasikannya dlm diri.

So...... apa komen korang??? 








.