kata hati, kata aku dan kata mereka

kata hati, kata aku dan kata mereka
aku 2009

Followers

Tuesday, June 7, 2011

Hilang


Hari ni mood pelik... Celik mata je tetiba jd sentimental.... Sambil selesaikan rutin harian aku terpandang cover CD Meet Uncle Hussein... aku termenung kejap... "Ahh...layan je..." kata hati ku...Aku terus pilih lagu Hilang... aku set kat lagu ni dimainkan berulang... dr pagi sampai petang... "Gile ke hape..?? Ahh...Biarkan...bukan selalu jd gile....." aku teliti sekali lagi kata lirik tu...


Aku pernah hilang barang.... Aku rasa semua org pernah hilang barang jugak...Brg paling buat aku terdiam masa terimanya dulu... Pisau cukur...! Katanya "Kalau awak ikhlas nak berkawan dengan saya, awak akan simpan pisau cukur ni sampai bila2. Kalau awak tak sanggup pulang balik pada saya"


Hilang kepercayaan... Kerana prinsip, aku hilang kau sahabat... Aku pernah cuba membawa kau keluar dr hidup kotormu, kerana aku, kau akur dan serahkan diri utk berada di kandang besi. Aku aturkan segalanya utk kau lalui hidup baru. Aku lupa hak kau utk bersuara. Aku berjanji akan tinggalkan kau uruskan hidup sendiri nanti. Tapi aku tinggalkan ketika kau masih terkapai2... Aku pergi tanpa menoleh lagi. Demi diri sendiri. "aku pernah percaya dulu aku akan dapat kejar impian hidup aku... tapi semua tu dah pudar sekarang... engkau tinggalkan aku sorang, aku belum sedia... aku bekas banduan wan..."


Hilang kasih,1 kehilangan besar dlm hidup... Aku lupa yg aku pernah berjanji 1 masa dulu. Janji pd diri sendiri. Akan sayanginya dan kasihinya. Ternyata kesetiaanku diuji.. Masa berlalu membuatkan hati berubah. Dia yg setia menanti, berkorban utk kebahagiaanku, aku pandang sepi. Akhirnya bila dia dah pergi aku terasa amat kehilangannya. "kerana sayang...biarkan kau memilih apa yg kau inginkan. Aku mahu kau bahagia..." Bicara mu itu terngiang sampai kini...


Aku termenung jadinya... 


'M' ~ perkenalan itu tak aku hargai sepatutnya... Kau tak aku temui lagi kini... Malah pisau cukur itu entah kemana perginya. Aku gagal menilai kehebatan hatimu.


'J' ~ Sahabat, apa yg telah kita lalui sememangnya dpt membuat kau berdiri semula. Tapi kepercayaan itu telah tercampak entah kemana. Kau kini entah jd apa. Sia2 janji kita dulu. 


'G' ~ Demi memiliki esok kau aku tinggalkan. Hanya kata 2 dari ku. Tunggu dan lihat. Aku yg takut utk buat keputusan. Terpaksa kau undur diri demi menjaga masa depan sendiri. Akhirnya kau sempat titipkan lirik lagu ini utk aku cermin diri sendiri. 





Hilang ~ Meet Uncle Hussein

Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami
Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku
Namun apalah dayaku
Tempuh dan biarkau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia
Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri
Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
Hanya dapat ku temukan
Keindahan yang abadi selamanya
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
Hanya dapat ku temukan
Keindahan yang abadi selamanya


Kini aku hilang sebahagian yg terlalu penting dlm hidup... Kawan, sahabat dan kekasih... Apa lagi yg ada dlm hidup aku kini....? Senyum tawa ku hanya solekan.... Kini hanya pasrah pd yang Maha Esa. Andai dapat aku sembahkan kemaafan ku... Agar hadirlah keindahan....