kata hati, kata aku dan kata mereka

kata hati, kata aku dan kata mereka
aku 2009

Followers

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie



Bermula dgn drama layar kaca kini ke layar perak… Nur Kasih The Movie, satu wadah utk peminatnya. Apa yg dapat aku katakan pd kemunculan awal drama ini telah membuka minat aku kembali pd drama melayu.  
  


Pengisiannya pd penonton di golongan pertengahan dan bawah seperti aku, adalah pd intipati watak itu sendiri. Penghasilan watak individu yg menarik yg punya kekuatan nya sendiri. Pd si bujang, mereka tentunya mengharapkan agar dpt suri seperti Nur Aminah. Pd si gadis, tentunya akan mendambakan sifat2 aidil sebagai ketua keluarga. Watak Adam pada awalnya rata2 mengimejkan sikap anak2 bujang sekarang. Ramai ibu bapa pening kepala dengan kerenah anak muda mereka.

Nur Kasih The Movie : Teraju utama

Watak  mereka kuat pd menentukan hala tuju drama ini… mereka pencetus klimak yg kita semua nantikan… betapa kasih itu wujud dan amat di perlukan dlm hidup. Biar apapun watak atau sikap kita 
sebagai manusia di dunia ini, kasih mereka melengkapi setiap segi.

Nur Kasih The Movie : Nur dan Adam


Nur Kasih The Movie… bila ditanya kenapa aku nak saksikannya, aku ada sebab sendiri…
Kisah ini bukan pengulangan cerita… tapi kisah mereka di garap setelah 8 tahun sesudah drama nur kasih.
Sebagai org bujang, tentunya aku mahu saksikan lebih lagi akan Nur Aminah… Moga 1 hari nanti aku dapat jodoh seumpana sifat Nur Aminah. hehehehehe

Nur Kasih The Movie : Krew Production


Sebab lain adalah sebab peribadi, sebagai sokongan moral pd rakanku Hasnan Sahar. Hasnan merupakan rakan ku dr sekolah rendah….berpisah setelah habis SPM. Sehingga kini masih belum dpt bersua muka. 

Nur Kasih The Movie : Krew dan Pelakon 


Hanya berhubung di FB sejak kebelakangan ini. Kaitannya..?? Hasnan merupakan krew  pengambaran drama dan filem nur kasih, Melalui promo Nur Kasih The Movie yg aku saksikan di Youtube, aku berbangga dgn hasil kerja seluruh krew yg terlibat.

Nur Kasih The Movie : Kuala Selangor


Lebih2 lagi bila salah satu lokasi pengambaran adalah di Kuala Selangor, tanah kelahiran ku. Untuk scene imbauan kisah Aliyah isteri aidil, yg meninggal dunia dan ini memberi kesan terhadap Aidil.

Tahniah pd penulis skrip cik Mira Mustafa… penghasilan yg baik dlm bidang penulisan filem (drama). Tahniah pd Khabir Batia atas arahan kerja terbaik.

Nur Kasih The Movie : Nur Aminah dan Adam di Jordan


Aku Berjaya jugak tempatkan diri ku di bangku panggung LFS One Plaza… Kali ni aku pergi sorang… Tak mahu ada kawan2 yg mengganggu ketenteraman ketika cuba mentelaah karya ni. Lagipun korang yg muka2 ganas ni mane nk layan.. kang kalau nangis plak kat panggung lagi la malu… ye tak..?? hahaha

Nur Kasih The Movie : Aidil


Ternyata garapan yg terbaik di olah utk menghasilkan Nur Kasih The Movie, dr segi skrip : watak yg matang, cinematografi terbaik yg diusahakan, lagu soundtrack yg bersesuaian dgn watak2 yg muncul dan lokasi2 yg sgt menarik serta pengarahan yg baik.


Watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, menperjuangkan ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ 

Nur Kasih itu berada dlm jiwa mereka... 

Filem ni bagi aku... hiburan yg membina semangat utk menyemarakkan lagi rasa kasih dalam diri.  Mungkin ada yg setuju dgn aku, mungkin juga tidak. Tapi yg pasti apapun input yg aku perolehi, tugas aku adalah menilainya agar dpt aku adaptasikannya dlm diri.

So...... apa komen korang??? 








.

Thursday, March 17, 2011

Reunion exSAAS ~ Jabat salam

Banner Jabat Salam

Sejarah lebih 22 tahun lalu, 
Mengejar dan mengenang masa,
Demi kecintaan pada kawan-kawan dan tempat bermain serta tanah tumpah darahku,
Kita bersama berganding bahu,
Demi silaturahim yg kian kabur, kini ianya menjadi begitu akrab,

Kepada rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz,
Kuala Selangor,
kini majlis istimewa ini aku rakamkan
Jabat Salam : Back to basic ~ Putih

Papan Tanda sekolah SAAS



Makna lencana sekolah SAAS


Kad Jemputan
Jabat Salam : Back to basic ~ Putih

Masih ingat lagu sekolah ? 

Lagu sekolah SAAS


Batch 89
Jabat Salam : Back to basic ~ Putih

Ahli jawatankuasa
Jabat Salam : Back to basic ~ Putih

Aku tak pernah lupa kisah-kisah kita masa sekolah dulu.

5 Sains ~ SAAS

Korang antara sebab kenapa aku suka pergi sekolah.... hahahaha

Pelajar Perempuan SAAS

Sambutan hari ulangtahun kelahiran rakan-rakan yg lahir antara Januari hingga Mac

Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran

Terubat jua rindu.....

Bekas pelajar SAAS



Batch 90 - 93



Batch 87 - 88


Jutaan Terima kasih untuk atas khidmat Jari Jemari Events kerana sentuhan yg menyempurkan majlis

Jari Jemari Events


Door gift Reunion ~ Jabat Salam

Pada rakan-rakan yg berkongsi foto, 
kenangan ini akan terus dikenang selagi hayat dikandung badan.

Frangipani ~ Kemboja cina

Kawan-kawan ku semua, aku syg korang.

moga kita akan dipertemukan semula

Saturday, February 19, 2011

Insya Allah - We'll find the way


Maher Zain - Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Aku rasa semua orang dah pernah tengok video dan dengar lagu ini. Sangat popular.
Tapi ada sesuatu yg telah berlaku hari ini hingga membuatkan aku sangat tersentuh bila mendengarnya. 
Mungkin kerana janji yg masih belum dapat aku tunaikan. 
Bukan nak melengahkan,  apatah lagi mengabaikan janji.
InsyaAllah...akan aku usahakan jua nanti.

Tapi, tadi aku jadi sebak dan tak dapat nak menahan perasaan lagi. Mengenangkan perjalanan hidup yg sudah sampai sini, entah kemana pula akhirnya...

Yang pasti aku bukan menangis sedih.....!  Seolah-olah ada semangat baru muncul dalam diri. 

Setiap benda yg aku buat, bila difikirkan tentang hasilnya kelak, aku temui akhiran kata......"InsyaAllah"
Aku jadi tersenyum, airmata mengalir jugak... Aku biarkan...

Aku ke kebun, sawit dah masak. Perlu di kait. Matahari tercacak atas kepala. Dalam kepala fikir, 
"sempat ke siap  pkol 5 ptg ni..? " Tiba-tiba dari radio buruk aku dengar suara Maher Zain sebut "InsyaAllah..." dari lagunya... Tanpa lengah aku capai perejang, terus ke kebun. Pukul 5 ptg, siap keje aku.

Sambil minum nescafe, hisap rokok, aku pandang atas meja komputer, kertas bersepah... 
Mak oi... banyak nya kertas pending job list neh.....!

Buat masa ni aku dan kawan2  sebaya aku tengah merancang nak buat majlis Reunion bekas pelajar sekolah aku. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor. Aku sebut ni pasal aku bangga sebab sekolah kat situ. Seronok sungguh zaman tu... Aku nak sangat jumpa dia orang semula... Macamana la rupa diorang sekarang... Hah...aku ada 1 idea...... Aku ON pc aku, ade mp3 lagu Maher Zain  "InsyaAllah..."

Lagu tu aku mainkan berulang kali sambil membuat lakaran dan nota atas kertas, apa yg perlu aku buat lepas ni.... aku sedar banyak lagi yang perlu aku buat... tapi inilah permulaan yg mesti nantinya ada penyudah. Aku harapkan yang terbaik untuk majlis ni. 
Lagu ni jadi pembakar semangat pulak dah.... Aku jadi yakin, segalanya akan ok nanti...
"InsyaAllah..."

Bila tengok video ni aku jadi tambah yakin, setiap permasalahan yg timbul, setiap saat yg kita lalui, apa jua cabaran dan dugaan yang datang, segalanya ketentuan Allah swt jua. Maka tentu sekali ada jalan penyelesaiannya... "InsyaAllah..."

pada semua yg membaca ni,
kawan-kawan aku,
pada yang ada masalah peribadi,
yang ada masalah kewangan,
pada yang di dera,
yang teraniaya,
pada yang jauh di mata,
pada yang menghadapi peperiksaan,
dugaan kesihatan,
pada yg kehilangan org tersayang,
pada yang terduga dengan hakikat kehidupan,
pada yg baru mengalami banjir,
yang baru lepas kemalangan,
yang baru kena saman,
pada yang kehilangan harta benda,
pada ahli dan peminat sukan,
pada pentadbir kerajaan,
para pejuang di GAZA,
juga rakyat Palestin, 
rakyat Mesir,
pada pejuang Islam seluruhnya.....

Allah bersama kalian semua...
berusahalah, berkasihlah...

 "InsyaAllah..."
We'll find the way



Tuesday, February 1, 2011

Nantinya

Mak dan Ayah 


Hari itu menyentak anganku
Teramat kasihku itu nanti hanya akan terdampar sepi
Pasti akan aku kau tinggalkan
Bersedih sendiri

Membelai raut wajahmu tiada akan jemu
Jemarimu sepi
Tak selincah dulu

Akan aku rindu suara lunakmu
Teramat akan kasihku

Berbaring di pangku mu

Katamu bak puisi
Menenangkan aku
Berbisik bak bayu hanyut dlm cerita
Mengenangkan aku dulu waktu yg berlalu

Pergimu nanti pasti tak mampu ku tahan lagi

Batukmu menyentak anganku
Sebakmu nyata

Jariku capai pipimu usap tangismu
Bersabarlah...doaku tak putus 

Ya Allah  jangan siksa ibuku 

Mahu saja aku ganti tempatmu
Tanggung deritamu
Bertahun sudah
Serba payah gerakmu

Betapa semangatmu ku agong
Tiada tolok bandingnya
Srikandi hidup kami

Sabarku luahan rasa kasihku
Tenang senyummu adalah limpahan sayangmu

Ya Allah rahmati ibuku
Ya Allah lafaznya selalu

Aku bersedia segala kemungkinannya

Takkan henti doaku
Kesejahteraan mu

Bersediakah aku?

Ya Allah ku pohon ampun bagiku dan baginya...
Dengan setiap minit yg berbaki ini
Ku korban segala demi sayangku

Kerana 'intan payung busyuk anak mak.......'


Monday, January 31, 2011

Ekspedisi Waris Motor Club ke Serdang-Rompin-Cherating 1~7 Mei 2002


Ekspidisi Serdang-Rompin-Cherating 1~7 Mei 2002 

Kami berkumpul di dewan, Lepas semua dah setel, Kami dilepaskan dengan
 iringan bacaan doa selamat. Kami menadah tangan berdoa memohon pada Allah swt agar perjalanan kami nih dilindunginya. Perjalanan bermula pkul 10 mlm.
Di perhentian dh di tetapkan, kami berehat, mengisi petrol, 
makan dan minum sambil merancang perjalanan berikutnya.
Masalah tetap wujud. Tayar pancit, krew yg tertinggal, tk cukup minyak. 

1 Mei 2002
kitorang smpai di pekan Rompin pkul 7 pg..lepak amik gambo kat tngh2 simpang beso yg ader signboard udang beso giler tuh...dah tuh sarapan kat pekan...kedai old skul yg mcm pasar...keudian terus ke pantai...lepak jap...turun brg dari van...

pertandingan pasang khemah.. 

ader yg tk penah pasang khemah mula menggelabah...hu3 mcm2 rupe ader...tp sumer berjalan lancar...rotong royong, idea serta kritikkan sinis, 
smbil cuci mata akhirnyer sumer khemah dh siap sedia...
marshal sumer ushar khemah jer....braper nk bg markah kat khemah diorang nih..?
memasing hepi... sambil mencemar alam sekitar ngan asap rokok memasing..
gedepas gedepus....
asap rokok di hambur sambil layan blues kat tepi pantai..
lepak smpi ptg...baru nak jenjalan kat pantai...mendung pekat...wei...angkat jemuran...
hujan dah turun...!!!! hujan lebat pastuh...mujur khemah dah siap sumer...

lepas ujan,wat unggun api... jumpe ketua kg..gi balai polis...
jumper samseng kg..hahahaha... 'bakar'2 kitorang ajak racing...
amaran keras oleh chief...jgn layan...
kg orang...niat lain jgn wat bende lain....
memasing akur perintah chief...bersedia utk acara mlm...aper lagi...mandi dn solat kat surau berdekatan...sebelum tuh pengsan dulu ar sementara tunggu diorang abis mandi...
giliran last la...penat seyh... dlm pkul 6 tuh kitorang brgotong royong dirikan khemah utk dapor...kanvas 4 segi yg berat tuh... ngan ader la btg kayu dlm 14' kitorang jumpa..
dgn titik peluh dn usaha semua maka siap lah...bangga memasing seyh...
start buat unggun api....

memasing ader tugas memasing... tk payah suruh... mcm tau2 jer diorang nih...
kitorang masak sendiri, lepas makan mlm kitorang ader malam suai kenal. 
(walaupon dh kenal semua...)

Malam Suai Kenal..
pecahan kumpulan...pembahagian tugas dn sebagainyer..
of coz ader menyanyi dan melalak...
konsert unplugged tepi unggun api...acara tdo atas tanah...abis..dh penat sgt..
bay watch...guard mlm...bagi kami...pantai rompin perfect...tak lah cantik sgt... 
tp ori...untouched...kitorang mandi manda...
smpai kne obor2....hahahaha... lawak...kitorang berhibur, having good time...
lena smpi subuh...sejuk seyh kat sana...mungkin lepas ujan ptg smalam....
memasing liat nk bangun...


baywatch


2 Mei 2002
sumer get ready..mandi...kemas balik khemah...runtuhkan balik khemah dapur... 
pack brg2 masuk van...sarapan pagi dn tak luper bergambar kenangan.......
dlm pkol 10.30pg...
kitorang semua berkonvoi ke surau tmpat kitorang mandi dn solat...
salah satu projek kitorang adalah bergotong royong.

Konvoi Bergotong Royong...
so bergotong royong lah kitorang bersihkan surau tuh...org sana baik...
kitorang dpt kerjasama pihak sana baik skali..
kat umah mak cik depan surau tuh, kitorang pinjam penyapu, penyodok smpah, 
segala lah yg diperlukan...
hajat kitorang nk wat gotong royong kat surau tuh dah terlaksana....bg kitorang... 
Rompin rocks...!!!
dlm pkul 12 sumer dah selesai...bayang la... surau bkn besar maner...
sekali kene serbu ngan bebudak.....segala smpah..rumput semak...sumer clear.....
caya kat korang sumer...masa pulangkan penyapu ngan penyodok kat makcik tuh..
kitorang wakil kan kat pakcik ngan makcik untuk sampaikan salam pada org2 kg..
kot2 ader salah laku kitorang kat ctu sepanjang 2 hari 1 malam...
konvoi berbaris mengikut kumpulan yg dh di tetapkan...
memasing ngan ketua kumpulan memasing..
riben warna dh sedia dr smalam...uniform semua dh pakai...
name tag dah gantung...lafaz doa telah dibaca...
maka dengan rasminyer.....Konvoi Bergerak ke Cherating...

Konvoi Bergerak ke Cherating...
tk sangka sungguh...siap ader penonton, bebudak kat tepi jalan siap lambai kitorang....
awekz....yg kenyit mata tuh...alamak tk sempat la dah nak amik no tipon....
cik abg sumer dh gerak..smalam malu2 kucing....hu3...singgah kat petronas...
sykt minyak rasmi sepanjang konvoi kami...
kitorang tinggalkan rompin dlm pkul 1...
gerak pegi cherating lama...melalui Pekan.... van marshall mengalami 'overheat'.
Getah penutup radiator rupanya dh haus. wap keluar dr situ. isi air, singgah di Shell berhampiran Lapangan Terbang Kuantan. Makan tengahari sblom terus ke Cherating...

 camp kat sana 4 hari...kepenatan terasa...hangat matahari melegamkan kulit memasing..
air dah berbotol kami tonggang...setelah port di kenal pasti... 
kami berkumpul...park motor memasing....
ushar sekeliling...best tempat nih...kami pilih cherating lama...
sunyi sket dari org ramai...maklumlah...
kitorang nk wat aktiviti...tk nak ganggu pengunjung pantai....aper lagi...pacak bendera..!!!


Van Marshall


Pacak Bendera...
marking kawasan, turun brg dr van...dirikan khemah..hujan turun...
siap ngan ribut... tercabut khemah...mujur kejap jer...sambung balik lepas tuh...
dapatkan bekalan elektrik dari restoran berhampiran...
siapkan dapur cari kayu buat unggun api siapkan meja urus setia...
setup PA system, maka berkumandang lah irama rock kegemaran kami....hahahaha
rock kapak...hehehehe. tugas yg diagih smalam dilaksana sempurna oleh setiap kumpulan.... tak disangka-sangka kitorang menerima lawatan org besar kawasan Beserah
menurut katanya yg kami kenali sebagai Kapten, Kedatangan kami sememangnyer ditunggu... Kami berkenalan dan beramah mesra. Kami dijemput ke Beserah sebelum pulang ke Serdang. Insyaallah...dgn besar hati kami terima...malam tuh projek kami...santai...
lepak kat pantai...karaoke...lepas midnite main gitar...baywatch...nite guard...lelap...sejuk giler pg tuh...

3  Mei 2002
tk mandi...siap untuk xtiviti pagi...

Rekrut Bersenam....
jogging kat pantai best...abis tuh baru mandi...sarapan...dan lepak....
bersedia utk aktiviti ari tuh..

Bola Sepak Pantai...!!!
pertarungan kalah mati...round 1....!!!
saper yg tau tmpt nih mesti tau kedudukan pantainyer mcmaner..
ader benteng tinggi pada aras air di laut ...lebih kurang 100meter dr pantai...
kitorang kene berenang ke benteng tuh utk main bola...
nk main kat pantai kawasan nyer sempit..lagipon ader org lalulalang...
kat ctu best...game demi game akhirnya pilihan suku akhir akan bertarung esok...
penat tp seronok...memacam style dan skill dpt dilihat..
abis game kitorang mandi laut smbil buat mcm2 aksi..
korang tau kan main terjun tiruk dari bahu member?
Hahaha.. lawak...Polo air...Kuda air...Hahahaha...mcm2 lg lah...
Tk larat dah...Penat seyh....
Mlm tuh kitorang enjoy main gitar kat unggun api lepas karaoke...

Karaoke
mlm nih utk test lagu utk final esok...Masing2 menyumbangkan suara dn lagu...
Tk kurang jugak bakat2 penghibur. Nyanyi smbil wat lawak wat kitoranng tak kering gusi...
Ader sorang mat saleh dari belanda nih lepak ngan kitorang
Dari petang tadi lagi, pon turut serta lepak ngan kitorang mlm tu..
Kitorang ajak dia karaoke skali...Saper tah name dia..lupe aku...
Kpala otak dia pon jadi mereng jugak mcm kitorang...Enjoy sesama....
Siap kitorang ajar dia ckp melayu...Lepas tuh aku tak tahu aper jadi..
Aku dh kepenatan...Tdo dulu...


Lepak Pantai Cherating


4 Mei 2002
Esoknyer kitorang bersenam lagi...
Pastuh gotong royong bersihkan pantai dan jugak khemah sbb

Pertandingan Khemah Cantik dan Kemas
 akan di buat lepas makan tghari...Belah ptg sambung main bola...
Separuh akhir dn final akan di buat esok...Malam tuh final  karaoke...
Gempak... enjoy...Bkn hanya pertandingan tp kitorang jd penghibur...
Mana taknyer dalam samar2 lampu yg ader kitorang nmpak ader ramai
Orang lepak duduk kat pantai jd penonton....Hahahaha...teruja  gila....
Diorang tuh ader org sana ader jugak pengunjung/pelancong...
Mcm2.... malam tuh kitorang wat konsert free utk diorang...
siap ngan tepukan gemuruh...dasat...rugi member2 yg tk pegi..hahahahaha....

konsert abis dkt pkol 2 pg...pemenang karaoke dh diputuskan...
masing2 berehat beramah mesra ngan penonton...dan awek2 sana... hahahahaha...

5 Mei 2002
esoknye pepagi lagi masing2 mcm dah tau xtiviti pagi....
bersenam...mandi lepas tu sarapan...

Pertandingan Tukar Tayar Motor...
ader bengkel bg ahli2 baru...

Bengkel Penyelengaraan Motorsikal...
lepas tuh memasing cuci motor..
siapkan motor masing2 untuk

Pertandingan Motor Tercantik...
lepas makan tengahari kitorang lepak...tunggu pkol 5...
bola sepak separuh akhir dan akhir akan dijalankan...
ari nih main kat pantai jer..sbb benteng tuh tk muncul2...air lambat surut...
siap ngan pengulas...cameramen perghhh...acara ptg tuh sungguh havoc...
aku tk penah rasa mcm tuh punyer seronok...best giler...
abis game kitorang lepak...santai.... malamnyer kitorang ader

Post-Mortem...
kitorang ditanyer ttg masalah, pendapat n komen ttg segalanya...dari a smpi z...
utk kenal pasti maner2 kelemahan penganjuran...utk perbaiki hubungan sesama kawan...
bende2 mcm nih tk der la best sumer tp kita selesaikan dgn cara terbaik....

Limbo Rock...
untung la yg rendah dn badan kecik...
tuh  salah 1 acara kami...
lepas abis limbo rock tuh,


BBQ


BBQ...
 syok wo...kenyang giler...
Sambil BBQ kitorang dihiburkan oleh nyanyian karaoke oleh pemenang acara tuh...
Sessi bergambar kenangan sbb malam tuh malam terakhir kitorang bermalam disana..
huh sampi tk cukup kodak di watnyer...seronok...sgt seronok...

6 Mei 2002
pagi esoknyer lepas sarapan...kemas sumer brg2, masuk dlm van..
gotong royong bersihkan pantai dan kawasan perkhemahan. Pastikan tak der aper yg tinggal..
Kitorang berkumpul utk taklimat akhir...
konvoi berbaris mengikut kumpulan yg dh di tetapkan..
memasing ngan ketua kumpulan memasing..riben warna dh sedia dr awal lg...
uniform semua dh pakai...name tag dah gantung...
lafaz doa telah dibaca........perjalanan bersambung....

Konvoi Bergerak Meninggalkan Cherating...
menuju Beserah memenuhi jemputan Kapten untuk jamuan kecil di rumahnyer...
konvoi kami di jemput oleh rombongan mereka di pertengahan jalan...
di rumah Kapten kami disediakan


Taklimat


Jamuan Ringan
 Sambil beramah mesra selesai jamuan kami semua bergerak menuju bandar kuantan.
Berhenti rehat di Restoran Cempaka ditengah2 bandar Kuantan.

Restoran Cempaka
 di tengah2 bandar kuantan... Jamuan sekali lagi disediakan...
Makan lagi... perrggghhhh... Sumer tuh on the house... 
Terima kasih tak terhingga buat kapten dan jugak pemilik restoran cempaka.
Terima kasih daun keladi.. Ada rezeki kami dtg lagi... Bagai tk percaya lepas tuh kami di arak dgn  pegawai trafik bermotosikal mengelilingi bandar Kuantan.

Pegawai Trafik Mengelilingi Bandar Kuantan.
Pusing2 makan angin...Terus menuju ke highway...
Lambaian di sepanjang perjalanan kami balas dgn hon yg bertali arus...
Kenangan manis dlm hidup...

Perjalanan Menuju Pulang ke Serdang...
Bergerak dalam kumpulan dgn kelajuan sekata....Kitorang mara meninggalkan kuantan....
Namun malang tak berbau...Kemalangan berlaku..
Jalan yg berbatu kerikil dibahu jalan yg sedang di perbaiki. Jadi penyebab...
3 buah motorsikal tersasar di bahu jalan...
Namun tindakan semua ahli konvoi membantu yg kemalangan dan mengawal lalulintas patut di puji..
Hanya luka kecil dan kerosakan kecil  sahaja...
Kotak First Aid kami dapat melakukan segala tugas dgn sempurna
Setelah segalanya selesai...kami berkumpul semula dn sambung perjalanan
Kali nih dgn lebih berhati2berhenti rehat setiap jam perjalanan
Kerana keletihan kami berhenti rehat dan tdo sebentar di temerloh...
Setelah jalan tidak lagi sibuk dgn kenderaan kami teruskan perjalanan..


Last Pit Stop


7 Mei 2002
Tiba di hentian rehat genting sempah jam 4 pg....rehat sehingga habis waktu subuh...
Dan sambung perjalanan pulang....Melepasi tol terakhir di Karak sungguh melegakan....
Kami memasuki KL sudah..Konvoi melalui jalan yg dirancang sambil berpecah 1 demi 1 ahli hingga 
semua ahli telah selamat dihantar pulang kerumah...Aku tidak terus pulang kerumah...
Dgn van yg sarat dgn brg2 terus ke kedai kopi...
Kawan2 yg menunggu di situ gembira melihat aku dan beberapa ahli konvoi
Selamat kembali... salam kembali berjabat gelak tawa terburai....
Walau kepenatan...rentong tk tdo...namun lega misi kami berakhir sudah...
Di kedai kopi tuh aku mainkan video kamera sepanjang konvoi...
Tanpa aku sedar senyum aku tak reda dari awal hingga dah abis waktu bersarapan...
semua yg ader bersurai....berehat utk acara seterusnyer...

Acara Penyampaian Hadiah dan Sijil
utk semua aktiviti yg di jalankan...

Jamuan penutup.


Waris Motor Club



~fuhhhh~~

kawan2 semua....aku rindu waktu itu...
genap 10 tahun ianya berlalu. dimanakah kalian agaknya sekarang....
masing2 meneruskan kehidupan.

WARIS MOTOR CLUB
HALIM, APIT, JIBOY, ABOY, HAFIZ, ALONG, AZREX,  ADI, UZA, IJAT,
 IJAN,  UN,   BOB, RIFHAN, DANIAL, AWANG, AKU, 
FADHIL, ISZUAN, JIBAM