Lepas 1, dtg lg 1....
Apa saja lah yg akan dtg esok,
hadap saja...
kenapa plak cerita mereka aku kene sedey?
ada apa sebenarnya...?
try to fit in...but not allowed..?
try to squeeze in.. but get pushed away?
i'm not welcome anymore...
senyuman itu palsu?
bukan... i'm not important anymore...
kata hati, kata aku dan kata mereka
Followers
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Hilang
Hari ni mood pelik... Celik mata je tetiba jd sentimental.... Sambil selesaikan rutin harian aku terpandang cover CD Meet Uncle Hussein... aku termenung kejap... "Ahh...layan je..." kata hati ku...Aku terus pilih lagu Hilang... aku set kat lagu ni dimainkan berulang... dr pagi sampai petang... "Gile ke hape..?? Ahh...Biarkan...bukan selalu jd gile....." aku teliti sekali lagi kata lirik tu...
Aku pernah hilang barang.... Aku rasa semua org pernah hilang barang jugak...Brg paling buat aku terdiam masa terimanya dulu... Pisau cukur...! Katanya "Kalau awak ikhlas nak berkawan dengan saya, awak akan simpan pisau cukur ni sampai bila2. Kalau awak tak sanggup pulang balik pada saya"
Hilang kepercayaan... Kerana prinsip, aku hilang kau sahabat... Aku pernah cuba membawa kau keluar dr hidup kotormu, kerana aku, kau akur dan serahkan diri utk berada di kandang besi. Aku aturkan segalanya utk kau lalui hidup baru. Aku lupa hak kau utk bersuara. Aku berjanji akan tinggalkan kau uruskan hidup sendiri nanti. Tapi aku tinggalkan ketika kau masih terkapai2... Aku pergi tanpa menoleh lagi. Demi diri sendiri. "aku pernah percaya dulu aku akan dapat kejar impian hidup aku... tapi semua tu dah pudar sekarang... engkau tinggalkan aku sorang, aku belum sedia... aku bekas banduan wan..."
Hilang kasih,1 kehilangan besar dlm hidup... Aku lupa yg aku pernah berjanji 1 masa dulu. Janji pd diri sendiri. Akan sayanginya dan kasihinya. Ternyata kesetiaanku diuji.. Masa berlalu membuatkan hati berubah. Dia yg setia menanti, berkorban utk kebahagiaanku, aku pandang sepi. Akhirnya bila dia dah pergi aku terasa amat kehilangannya. "kerana sayang...biarkan kau memilih apa yg kau inginkan. Aku mahu kau bahagia..." Bicara mu itu terngiang sampai kini...
Aku termenung jadinya...
'M' ~ perkenalan itu tak aku hargai sepatutnya... Kau tak aku temui lagi kini... Malah pisau cukur itu entah kemana perginya. Aku gagal menilai kehebatan hatimu.
'J' ~ Sahabat, apa yg telah kita lalui sememangnya dpt membuat kau berdiri semula. Tapi kepercayaan itu telah tercampak entah kemana. Kau kini entah jd apa. Sia2 janji kita dulu.
'G' ~ Demi memiliki esok kau aku tinggalkan. Hanya kata 2 dari ku. Tunggu dan lihat. Aku yg takut utk buat keputusan. Terpaksa kau undur diri demi menjaga masa depan sendiri. Akhirnya kau sempat titipkan lirik lagu ini utk aku cermin diri sendiri.
Hilang ~ Meet Uncle Hussein
Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami
Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku
Namun apalah dayaku
Tempuh dan biarkau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia
Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri
Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
Hanya dapat ku temukan
Keindahan yang abadi selamanya
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
Hanya dapat ku temukan
Keindahan yang abadi selamanya
Kini aku hilang sebahagian yg terlalu penting dlm hidup... Kawan, sahabat dan kekasih... Apa lagi yg ada dlm hidup aku kini....? Senyum tawa ku hanya solekan.... Kini hanya pasrah pd yang Maha Esa. Andai dapat aku sembahkan kemaafan ku... Agar hadirlah keindahan....
Friday, May 20, 2011
Nur Kasih The Movie
Bermula dgn drama layar kaca kini ke layar perak… Nur Kasih The Movie, satu wadah utk peminatnya. Apa yg dapat aku katakan pd kemunculan awal drama ini telah membuka minat aku kembali pd drama melayu.
Pengisiannya pd penonton di golongan pertengahan dan bawah seperti aku, adalah pd intipati watak itu sendiri. Penghasilan watak individu yg menarik yg punya kekuatan nya sendiri. Pd si bujang, mereka tentunya mengharapkan agar dpt suri seperti Nur Aminah. Pd si gadis, tentunya akan mendambakan sifat2 aidil sebagai ketua keluarga. Watak Adam pada awalnya rata2 mengimejkan sikap anak2 bujang sekarang. Ramai ibu bapa pening kepala dengan kerenah anak muda mereka.
Nur Kasih The Movie : Teraju utama |
Watak mereka kuat pd menentukan hala tuju drama ini… mereka pencetus klimak yg kita semua nantikan… betapa kasih itu wujud dan amat di perlukan dlm hidup. Biar apapun watak atau sikap kita
sebagai manusia di dunia ini, kasih mereka melengkapi setiap segi.
Nur Kasih The Movie : Nur dan Adam |
Nur Kasih The Movie… bila ditanya kenapa aku nak saksikannya, aku ada sebab sendiri…
Kisah ini bukan pengulangan cerita… tapi kisah mereka di garap setelah 8 tahun sesudah drama nur kasih.
Sebagai org bujang, tentunya aku mahu saksikan lebih lagi akan Nur Aminah… Moga 1 hari nanti aku dapat jodoh seumpana sifat Nur Aminah. hehehehehe
Nur Kasih The Movie : Krew Production |
Sebab lain adalah sebab peribadi, sebagai sokongan moral pd rakanku Hasnan Sahar. Hasnan merupakan rakan ku dr sekolah rendah….berpisah setelah habis SPM. Sehingga kini masih belum dpt bersua muka.
Nur Kasih The Movie : Krew dan Pelakon |
Hanya berhubung di FB sejak kebelakangan ini. Kaitannya..?? Hasnan merupakan krew pengambaran drama dan filem nur kasih, Melalui promo Nur Kasih The Movie yg aku saksikan di Youtube, aku berbangga dgn hasil kerja seluruh krew yg terlibat.
Nur Kasih The Movie : Kuala Selangor |
Tahniah pd penulis skrip cik Mira Mustafa… penghasilan yg baik dlm bidang penulisan filem (drama). Tahniah pd Khabir Batia atas arahan kerja terbaik.
Nur Kasih The Movie : Nur Aminah dan Adam di Jordan |
Aku Berjaya jugak tempatkan diri ku di bangku panggung LFS One Plaza… Kali ni aku pergi sorang… Tak mahu ada kawan2 yg mengganggu ketenteraman ketika cuba mentelaah karya ni. Lagipun korang yg muka2 ganas ni mane nk layan.. kang kalau nangis plak kat panggung lagi la malu… ye tak..?? hahaha
Nur Kasih The Movie : Aidil |
Ternyata garapan yg terbaik di olah utk menghasilkan Nur Kasih The Movie, dr segi skrip : watak yg matang, cinematografi terbaik yg diusahakan, lagu soundtrack yg bersesuaian dgn watak2 yg muncul dan lokasi2 yg sgt menarik serta pengarahan yg baik.
Watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, menperjuangkan ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’
Nur Kasih itu berada dlm jiwa mereka...
Filem ni bagi aku... hiburan yg membina semangat utk menyemarakkan lagi rasa kasih dalam diri. Mungkin ada yg setuju dgn aku, mungkin juga tidak. Tapi yg pasti apapun input yg aku perolehi, tugas aku adalah menilainya agar dpt aku adaptasikannya dlm diri.
So...... apa komen korang???
.
.
Thursday, March 17, 2011
Reunion exSAAS ~ Jabat salam
Banner Jabat Salam |
Sejarah lebih 22 tahun lalu,
Mengejar dan mengenang masa,
Demi kecintaan pada kawan-kawan dan tempat bermain serta tanah tumpah darahku,
Kita bersama berganding bahu,
Demi silaturahim yg kian kabur, kini ianya menjadi begitu akrab,
Kepada rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz,
Kuala Selangor,
kini majlis istimewa ini aku rakamkan
Jabat Salam : Back to basic ~ Putih
Makna lencana sekolah SAAS |
Kad Jemputan Jabat Salam : Back to basic ~ Putih |
Masih ingat lagu sekolah ?
Lagu sekolah SAAS |
Batch 89 Jabat Salam : Back to basic ~ Putih |
Ahli jawatankuasa Jabat Salam : Back to basic ~ Putih |
Aku tak pernah lupa kisah-kisah kita masa sekolah dulu.
5 Sains ~ SAAS |
Korang antara sebab kenapa aku suka pergi sekolah.... hahahaha
Pelajar Perempuan SAAS |
Sambutan hari ulangtahun kelahiran rakan-rakan yg lahir antara Januari hingga Mac
Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran |
Terubat jua rindu.....
Bekas pelajar SAAS |
Batch 90 - 93 |
Batch 87 - 88 |
Jutaan Terima kasih untuk atas khidmat Jari Jemari Events kerana sentuhan yg menyempurkan majlis
Jari Jemari Events |
Door gift Reunion ~ Jabat Salam |
Pada rakan-rakan yg berkongsi foto,
kenangan ini akan terus dikenang selagi hayat dikandung badan.
Frangipani ~ Kemboja cina |
Kawan-kawan ku semua, aku syg korang.
moga kita akan dipertemukan semula
Saturday, February 19, 2011
Insya Allah - We'll find the way
Maher Zain - Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله
Aku rasa semua orang dah pernah tengok video dan dengar lagu ini. Sangat popular.
Tapi ada sesuatu yg telah berlaku hari ini hingga membuatkan aku sangat tersentuh bila mendengarnya.
Mungkin kerana janji yg masih belum dapat aku tunaikan.
Bukan nak melengahkan, apatah lagi mengabaikan janji.
InsyaAllah...akan aku usahakan jua nanti.
Tapi, tadi aku jadi sebak dan tak dapat nak menahan perasaan lagi. Mengenangkan perjalanan hidup yg sudah sampai sini, entah kemana pula akhirnya...
Yang pasti aku bukan menangis sedih.....! Seolah-olah ada semangat baru muncul dalam diri.
Setiap benda yg aku buat, bila difikirkan tentang hasilnya kelak, aku temui akhiran kata......"InsyaAllah"
Aku jadi tersenyum, airmata mengalir jugak... Aku biarkan...
Aku ke kebun, sawit dah masak. Perlu di kait. Matahari tercacak atas kepala. Dalam kepala fikir,
"sempat ke siap pkol 5 ptg ni..? " Tiba-tiba dari radio buruk aku dengar suara Maher Zain sebut "InsyaAllah..." dari lagunya... Tanpa lengah aku capai perejang, terus ke kebun. Pukul 5 ptg, siap keje aku.
Sambil minum nescafe, hisap rokok, aku pandang atas meja komputer, kertas bersepah...
Mak oi... banyak nya kertas pending job list neh.....!
Buat masa ni aku dan kawan2 sebaya aku tengah merancang nak buat majlis Reunion bekas pelajar sekolah aku. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor. Aku sebut ni pasal aku bangga sebab sekolah kat situ. Seronok sungguh zaman tu... Aku nak sangat jumpa dia orang semula... Macamana la rupa diorang sekarang... Hah...aku ada 1 idea...... Aku ON pc aku, ade mp3 lagu Maher Zain "InsyaAllah..."
Lagu tu aku mainkan berulang kali sambil membuat lakaran dan nota atas kertas, apa yg perlu aku buat lepas ni.... aku sedar banyak lagi yang perlu aku buat... tapi inilah permulaan yg mesti nantinya ada penyudah. Aku harapkan yang terbaik untuk majlis ni.
Lagu ni jadi pembakar semangat pulak dah.... Aku jadi yakin, segalanya akan ok nanti...
"InsyaAllah..."
Bila tengok video ni aku jadi tambah yakin, setiap permasalahan yg timbul, setiap saat yg kita lalui, apa jua cabaran dan dugaan yang datang, segalanya ketentuan Allah swt jua. Maka tentu sekali ada jalan penyelesaiannya... "InsyaAllah..."
pada semua yg membaca ni,
kawan-kawan aku,
pada yang ada masalah peribadi,
yang ada masalah kewangan,
pada yang di dera,
yang teraniaya,
pada yang jauh di mata,
pada yang menghadapi peperiksaan,
dugaan kesihatan,
pada yg kehilangan org tersayang,
pada yang terduga dengan hakikat kehidupan,
pada yg baru mengalami banjir,
yang baru lepas kemalangan,
yang baru kena saman,
pada yang kehilangan harta benda,
pada ahli dan peminat sukan,
pada pentadbir kerajaan,
para pejuang di GAZA,
juga rakyat Palestin,
rakyat Mesir,
pada pejuang Islam seluruhnya.....
Allah bersama kalian semua...
berusahalah, berkasihlah...
"InsyaAllah..."
We'll find the way
Tuesday, February 1, 2011
Nantinya
Mak dan Ayah |
Hari itu menyentak anganku
Teramat kasihku itu nanti hanya akan terdampar sepi
Pasti akan aku kau tinggalkan
Bersedih sendiri
Membelai raut wajahmu tiada akan jemu
Jemarimu sepi
Tak selincah dulu
Akan aku rindu suara lunakmu
Teramat akan kasihku
Berbaring di pangku mu
Katamu bak puisi
Menenangkan aku
Berbisik bak bayu hanyut dlm cerita
Mengenangkan aku dulu waktu yg berlalu
Pergimu nanti pasti tak mampu ku tahan lagi
Batukmu menyentak anganku
Sebakmu nyata
Jariku capai pipimu usap tangismu
Bersabarlah...doaku tak putus
Ya Allah jangan siksa ibuku
Mahu saja aku ganti tempatmu
Tanggung deritamu
Bertahun sudah
Serba payah gerakmu
Betapa semangatmu ku agong
Tiada tolok bandingnya
Srikandi hidup kami
Sabarku luahan rasa kasihku
Tenang senyummu adalah limpahan sayangmu
Ya Allah rahmati ibuku
Ya Allah lafaznya selalu
Aku bersedia segala kemungkinannya
Takkan henti doaku
Kesejahteraan mu
Bersediakah aku?
Ya Allah ku pohon ampun bagiku dan baginya...
Dengan setiap minit yg berbaki ini
Ku korban segala demi sayangku
Kerana 'intan payung busyuk anak mak.......'
Subscribe to:
Posts (Atom)