kata hati, kata aku dan kata mereka

kata hati, kata aku dan kata mereka
aku 2009

Followers

Saturday, February 19, 2011

Insya Allah - We'll find the way


Maher Zain - Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Aku rasa semua orang dah pernah tengok video dan dengar lagu ini. Sangat popular.
Tapi ada sesuatu yg telah berlaku hari ini hingga membuatkan aku sangat tersentuh bila mendengarnya. 
Mungkin kerana janji yg masih belum dapat aku tunaikan. 
Bukan nak melengahkan,  apatah lagi mengabaikan janji.
InsyaAllah...akan aku usahakan jua nanti.

Tapi, tadi aku jadi sebak dan tak dapat nak menahan perasaan lagi. Mengenangkan perjalanan hidup yg sudah sampai sini, entah kemana pula akhirnya...

Yang pasti aku bukan menangis sedih.....!  Seolah-olah ada semangat baru muncul dalam diri. 

Setiap benda yg aku buat, bila difikirkan tentang hasilnya kelak, aku temui akhiran kata......"InsyaAllah"
Aku jadi tersenyum, airmata mengalir jugak... Aku biarkan...

Aku ke kebun, sawit dah masak. Perlu di kait. Matahari tercacak atas kepala. Dalam kepala fikir, 
"sempat ke siap  pkol 5 ptg ni..? " Tiba-tiba dari radio buruk aku dengar suara Maher Zain sebut "InsyaAllah..." dari lagunya... Tanpa lengah aku capai perejang, terus ke kebun. Pukul 5 ptg, siap keje aku.

Sambil minum nescafe, hisap rokok, aku pandang atas meja komputer, kertas bersepah... 
Mak oi... banyak nya kertas pending job list neh.....!

Buat masa ni aku dan kawan2  sebaya aku tengah merancang nak buat majlis Reunion bekas pelajar sekolah aku. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor. Aku sebut ni pasal aku bangga sebab sekolah kat situ. Seronok sungguh zaman tu... Aku nak sangat jumpa dia orang semula... Macamana la rupa diorang sekarang... Hah...aku ada 1 idea...... Aku ON pc aku, ade mp3 lagu Maher Zain  "InsyaAllah..."

Lagu tu aku mainkan berulang kali sambil membuat lakaran dan nota atas kertas, apa yg perlu aku buat lepas ni.... aku sedar banyak lagi yang perlu aku buat... tapi inilah permulaan yg mesti nantinya ada penyudah. Aku harapkan yang terbaik untuk majlis ni. 
Lagu ni jadi pembakar semangat pulak dah.... Aku jadi yakin, segalanya akan ok nanti...
"InsyaAllah..."

Bila tengok video ni aku jadi tambah yakin, setiap permasalahan yg timbul, setiap saat yg kita lalui, apa jua cabaran dan dugaan yang datang, segalanya ketentuan Allah swt jua. Maka tentu sekali ada jalan penyelesaiannya... "InsyaAllah..."

pada semua yg membaca ni,
kawan-kawan aku,
pada yang ada masalah peribadi,
yang ada masalah kewangan,
pada yang di dera,
yang teraniaya,
pada yang jauh di mata,
pada yang menghadapi peperiksaan,
dugaan kesihatan,
pada yg kehilangan org tersayang,
pada yang terduga dengan hakikat kehidupan,
pada yg baru mengalami banjir,
yang baru lepas kemalangan,
yang baru kena saman,
pada yang kehilangan harta benda,
pada ahli dan peminat sukan,
pada pentadbir kerajaan,
para pejuang di GAZA,
juga rakyat Palestin, 
rakyat Mesir,
pada pejuang Islam seluruhnya.....

Allah bersama kalian semua...
berusahalah, berkasihlah...

 "InsyaAllah..."
We'll find the way



2 comments:

  1. Reunion...fuhh..a long story... wait up... aku tngah karang & edit foto Reunion.... the memorable one....!

    ReplyDelete
  2. berkat sabar...Allah telah permudahkan usahaku..... syukur alhamdulillah.. Reunion ku 1 kejayaan...! yesss...

    ReplyDelete